Assalamualaikum semua ! :D
Hai hai hai.sekian lama blog ni dah berhabuk --' akhirnya . . . . . . . tergerak hati nak update.hahah biasalah~takde benda nak update.so kali ni, kita buat post pendek je.kisah mengenai diri ini yang bertajuk . . . . . . *sila rujuk tajuk :P
Hahaha.berbulan di bumi Harimau Selatan, tamatlah tahun pertama pencarian ilmu di sana.pihak universiti dengan rasa murah hati memberi kami cuti.bukan sebulan tetapi 3 BULAN.haaaaa~mohon jangan jealous :P jadi bersempena cuti yang agak 'pendek' ni, ramai yang decide nak cari duit poket sendiri.samalah dengan diri ini.nak cari duit poket sendiri.nak merasa susahnya nak cari duit.hahaha so start je cuti, terus mintak restu mak ayah nak kerja.alhamdulillah mak ayah bagi :D jadi dengan nasihat & cadangan daripada mereka, diri ini pun bersetuju untuk bekerja di sebuah pasar raya.yang berhampiran dengan teratak usang keluarga ku~eceh.haha berbekalkan muka tebal & hati kering, aku pun mintak kerja.alhamdulillah dapat.yang hebatnya hari ni mintak, esok terus masuk kerja~
Tadaaaa~maka esok harinya, secara official aku jadi pekerja di pasar raya *********.haha excited gilaa ! 1st time kerja.so biasalah mula-mula kerja.dia bagi taklimat, etika kerja blah blah blah blah semua tu.nak dijadikan cerita, terjumpalah kawan time sekolah rendah dulu.rasa happy laa jgak ada kawan boleh ajak sembang bosan-bosan time kerja.bukan curi tulang okay? -,- mula kerja memang penat.3 hari straight kerja full-time.masuk 8 pagi, balik 10.30 malam.Allah je laa yang tahu perasaan time tu.rasa nak tercabut semua tulang-tulang ni -,-" ayah cakap "biasalah kerja bahagian stor.kenalah angkat barang berat-berat.lama-lama nanti okay laa~".haaaa~alhamdulillah lama kelamaan badan ni mula biasa.
Relaks okay.ni baru prolog.saja buat karangan BM.dah lama tak menaip.haha okay kerja bahagian stor ni memang best.hari-hari angkat berat~ ada chances nak kurus :3 hehe.tapi satu je yang tak best.tak boleh solat.haihhh sedih.ada pekerja melayu islam, tapi semua tak solat.yang bukan islam tu takpelah.hmmmm nak taknak time rehat, aku balik rumah solat.mak selalu pesan "jaga solat tu.kerja tu kerja jgak".tapi zohor dengan asar je laa.maghrib terpaksa cari ruang kat dalam stor.haha tu baru sikit.sejujurnya, masuk minggu ni dah 2 kali aku tak pergi solat jumaat.haaaa~kenapa?! pandai supervisor tu kenakan aku.dia busykan aku dengan urusan dunia ni.lepas satu satu dia bagi aku kerja.sampai aku leka.haihhh lemah iman ni.sedih~
Pagi tadi sebelum pergi kerja,sembang dengan mak.mak cakap " masuk minggu ni dah 2 kali kau tak solat jumaat.nak jadi ape?".sentap kejap.pergi kerja dengan hati yang tak tenang.time kerja aku try laa bincang dengan supervisor tu.nak mintak cuti hari jumaat.dia tak bagi.aku mintak masuk lewat pun dia tak bagi.akhirnya aku nekad.aku berhenti kerja.tanpa notis.dengan selambanya aku balik dan tak datang-datang lagi.haha tenang sikit hati.tak payah solat laju-laju lagi lepas ni.ish ish ish.tapi kenapa aku buat macam tu?kenapa?sebabnya simple je.aku nak jaga iman aku yang rapuh macam kulit bawang ni.simple kan?tapi tak ramai yang mampu buat.aku?alhamdulillah laa sebab ada sokongan family & kawan-kawan.
Hahaha.tamat sudah cerakarama aku.banyak lagi sebenarnya.tapi . . . takut jadi sinetron plak xD yang lain biarlah aku dengan Dia je yang tahu :) so, kuatkan hati, teguhkan iman.yang buruk jadikan pengajaran, yang baik jadikan teladan.In shaa Allah :) sampai sini je post merapu kali ni.segala yang baik datang daripada Allah.yang kurang baik pun datang daripada Allah tetapi disandarkan pada diri aku yang daif lagi hina ni.segala typo harap dimaafkan xD till next post, assalamualaikum :)
photo by : aku dan dia
post by : aku dan dia
photo by : aku dan dia
post by : aku dan dia
No comments:
Post a Comment