Tuesday, 25 September 2012

Sekadar Buang Habuk :3

fuhhh fuhhh fuhhh ! *tiup habuk* berhabuk sey blog ni -,- hahaha
bismillah.
Assalamualaikum semua :D
lame sudah aku tak update blog ni..smpai berhabuk & bersawang..hahahaha biase laaa~hidup kt universiti ni mmg busy..so aku pn busy laa~ aku jarang busy :3 hehehe dah nk habes 1 sem dah aku kt U ni..and know what..next week final ! FINAL woi ! hahahaha tapi aku bace buku pn tak  kalau nk cite semua dari aku start masuk sini mmg pnjg laa post ni..aku pn penat menaip nnt :3 hehehe

so,,aku pn buat laa compilation gmbar2 sepanjang aku hidup kt sini..gmbar dgn mmbe2 baru,,awek2 baru eh?hahahaha oh btw,,buat yang tak tahu..aku study kt Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Johor..course Diploma in Islamic Studies *muka bangga* eh eh..silap2..main2 je :3 jgn marah..course IT..Diploma in Information Technology..hahahaha ramai org ckp course ni senang..senang?pikir 2 kali nk ckp bila dah blaja~hahahhaha

okay penat melalut..jom tgk gmbar2 aku kt sini yg x bnyak ni~heheheh

 ni rakan 1 seksyen dgn aku..seksyen paling byk lelaki :D hahahah

ni time 3on3 non-chinese basketball open Piala Roket..team aku dpt no 3 xD hahaha

ni time majlis khatam Al-Quran kt masjid UTHM..tp kami bdk IT buat majlis laen kt blkg..hahhaa


ni muka kwn2 baru aku..hahaha ala2 barisan lelaki melayu terakhir gitu :3


ni kwn okay?awek saye kt kuantan..eh?hahaha..yg ats tu nme dia Farah Atiqah a.k.a Orkid Desa

hang out..me with nurul hazwani hashim..hahahha okay muka aku mmg mcm tu -,- jgn ckp pape

jgn tanye ni sape -,- haha

gamba saje2..bajet hot gitu :3

 Me,,Dott a.k.a Zahara & Rabtah

 ni time open house kt rumah cik Orkid Desa

ni before balik open house rumah kwn.

 Me & Nani..otw pegi open house

 Me & Nani again..haha

 driver : Me & Zulfaqih + Dott kt blkg tu -,-

arked sat with apiz awan nanio

fuhhh ! penat sey cari gmbar..hahahahah sbnrnye byk lagi gmbar..takkan nk letak semua kn..nnt pnjg sgt pulak..okay laa..smpai sini je kot..lepas ni blog ni MAYBE berhabuk balik..hahahaha peace ya ! assalamualaikum :)


photo by : aku dan dia
post by  : aku dan dia





Thursday, 24 May 2012

Ikhlas Dalam Sedekah

assalamualaikum semua..hari ni nk update lagi..walaupn aku mmg x rajin nak update..hahahaha..topic kali ni *baca tajuk kat atas* hahahaha..okay


sedekah merupakan salah satu teori(?) yang diberikan Allah SWT untuk kita melipatgandakan harta yang dimiliki,,di dunia dan insya-Allah di akhirat kelak.."perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh orang2 yang menafkahkan hartanya di jalan Allah) adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir..pada tiap2 butir..seratus biji..Allah melipatgandakan (pahala) bagi siapa yang Dia kehendaki..dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui."[al-Baqarah : 261] begitu besar tawaran Allah dalam ayat kat atas..yang mana satu berbanding tujuh..perkara yang tak ramai umat islam sedar..sebuah teori ekonomi untuk melaburkan harta yang kita ada dengan hasil yang berlipat ganda..better dari main saham..hehehe


"dan barang apa saja yang kamu nafkahkan..maka Allah akan menggantikannya dan Dialah pemberi rezeki yang sebaik-baiknya."[as-Saba' : 39]



Khalifah Umar bin Abdul Aziz pernah berkata : "solat menghantarkan kamu setengah jalan..puasa menghantarkan kamu ke depan pintu Al-Malik (Sang Maha Raja)..dan sedekah memasukkan kamu ke hadapan-Nya." Ibnu Mas'ud menuturkan : "syahdan..ada seorang laki-laki yang beribdah kepada Allah selama tujuh puluh tahun..kemudian dia melakukan perbuatan zina..maka Allah pun menghapus seluruh amalannya..setelah itu..dia berselisih dengan seorang fakir miskin,,lalu memberi sedekah kepadanya roti..maka Allah pun mengampuni dosanya dan memuliakan kembali pahala ibadah tujuh puluh tahunnya."





Ubaid bin Umar pun mengatakan : "pada hari kiamat kelak manusia dikumpulkan dalam keadaan lapar yang belum pernah mereka alami sebelumnya..haus yang belum pernah mereka alami sebelumnya..maka barang siapa memberi makan (orang) demi Allah..Allah akan mengenyangkannya..barang siapa memberi minum (orang) demi Allah..Allah akan menghilangkan dahaganya..dan barang siapa memberi pakaian (orang) demi Allah..maka Allah akan melengkapinya."




demikianlah keutamaan sedekah..nampak kecil tapi ganjarannya sangat besar..tidak sepatutnya wujud sifat kedekut dan bakhil dalam diri..perlu kita ingat.."hidup ini ibarat roda..kadang2 di atas..kadang2 di bawah..bukan selamanya kita di atas bak raja dan tidak selamanya kita di bawah bak hamba." mungkin sekarang kita tolong orang yang dalam kesusahan kerana kita ada kemampuan..tapi suatu hari nanti mungkin kita pula yang perlukan pertolongan dari yang berkemampuan..jadi jangan kedekut..dan yang penting biar ikhlas..tak perlu nak panggil media itu media ini nak tayangkan kita bersedekah..ikhlas memang susah nak dicari..ibarat mencari semut hitam..di atas batu hitam..pada malam yang hitam (gelap gelita)..tapi semuanya berbalik kepada diri sendiri..tepuk dada..tanya iman.




sekian dari saya..sampai sini saja celoteh orang yang tak berilmu ni..segala yang baik datang dari Allah..dan yang buruk pun datang dari Allah TAPI disandarkan pada diri saya yang daif lagi hina ni..wallahualam.






photo by : aku dan dia
post by : aku dan dia

Monday, 21 May 2012

luasnya keampunanNya

assalamualaikum semua..mohon pinjam mata dan hati anda semua sekejap..baca post yg x seberapa ni.



dalam kehidupan ini, kita selaku manusia tidak pernah luput daripada melakukan kesalahan.entah sudah berapa banyak kita melakukan perbuatan yang berdosa.jika dihitung dan dicatat perbuatan dosa kita setiap hari dalam sebulan mungkin kita akan mendapat catatan dosa kita setebal kamus atau mungkin berjilid-jilid banyaknya.cuba bayangkan ! berapa banyak dosa yang kita buat sepanjang hidup kita? lalu bagaimana kita akan menemui Sang Pencipta dengan berlumur dosa? memang sudah menjadi fitrah manusia utk berbuat kesalahan.hal ini telah disabdakan oleh nabi Muhammad SAW, "setiap anak Adam pasti berbuat dosa, dan sebaik-baik pembuat dosa adalah mereka yg bertaubat."(HR. Tirmidzi).seperti yang disabdakan Rasulullah SAW, walaupun manusia berbuat dosa tidak semestinya menjadi manusia rugi begitu sahaja jika mereka mahu bertaubat.itulah yang terbaik untuk mereka.










bahkan dalam hadis lain disebutkan, "kalau kalian tidak berbuat dosa, nescaya Allah SWT akan menggantikan kalian dengan kaum yang lain yang membuat dosa, tetapi mereka beristighfar dan Allah SWT mengampuni mereka."(HR. Muslim).hal ini menegaskan akan fitrah manusia dalam berbuat dosa.ketahuilah ! murka Allah SWT itu sangat dahsyat.siksaan Allah sangat pedih, akan tetapi kasih sayang-Nya meliputi alam semesta.keampunan Allah SWT teramat luas bagi hambanya yang mahu bertaubat.selama dosa itu bukan menyekutukan Allah SWT maka Allah akan mengampuni dosa itu.










Anas bin Malik berkata, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, "sesungguhnya Allah berfirman, wahai anak Adam, apabila engkau memohon dan mengharapkan pertolongan-Ku maka Aku akan mengampunkan dan Aku tidak menganggap bahawa ia suatu beban.wahai anak Adam, sekalipun dosa kamu seperti awan meliputi langit kemudian kamu memohon keampunan-Ku, nescaya Aku akan mengampuninya.wahai anak Adam,jika kamu menemui-Ku dengan kesalahan sebesar bumi, kemudian kamu menemui-Ku tidak dalam keadaan syirik kepada-Ku dengan sesuatu apapun nescaya aku akan datang kepadamu dengan pengampunan dosa sebesar bumi itu."(HR. Tirmidzi).banyak ayat-ayat dalam al-Quran yang menyebutkan bahawa Allah SWT Maha Penyayang.antaranya dalam surah An Nur ayat 24, surah At Taghaabun ayat 14 dan surah Az Zumar ayat 53.ini menunjukkan betapa besarnya kecintaana Allah SWT terhadap manusia lebih-lebih lagi terhadap hamba-Nya yang bertaubat, yang menyesali kesalahannya dan memohon ampunan daripada-Nya.






oleh itu, sudah seharusnya kita tidak boleh berputus asa.keampunan dan rahmat Allah SWT sangatlah besar.bahkan Allah SWT memaklumi akan sifat kita selaku manusia yang suka berlebih-lebihan.Allah SWT berfirman, "katakanlah, hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah.sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya.sesungguhnya Dia-lah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."(Az-Zumar[39] : 53).betapa mudahnya mendapat ampunan Allah SWT.masihkah kita mengingkari kasih sayang Allah SWT? hanya orang-orang rugi yang tidak bersegera memohon keampunan Allah SWT yang teramat luas."sesungguhnya Allah SWT tidak pernah memungkiri janji-Nya".(Ali Imran[3] : 9).






sekian..segala yang baik datang dari Allah..yang tidak baik juga datang dari Allah tetapi disandarkan pada diri hamba yang daif lagi hina ini..segala kesalahan tatabahasa..typo..kecelaruan ayat harap dimaafkan..kesalahan hadis dan ayat al-Quran harap dapat ditegur.wallahua'lam
















photo by : aku dan dia
post by  : aku dan dia



Friday, 11 May 2012

Sekadar Perkongsian

Assalamualaikum semua :D seperti yang diberi tahu dulu,,aku nak buat perkongsian setiap jumaat..dan hari tu ada org minta aku kongsi pasal EQ..so ini la yang aku dpt..harap perkongsian yang tak seberapa ni mampu memberi manfaat(:

Emosi yang merupakan sebahagian daripada fitrah kejadian manusia. Islam menerangkan tentang pengkajian manusia melalui ayat-ayat al-Quran terdiri daripada dua unsur iaitu unsure material dan unsur spiritual. Unsur material yang dirujuk kepada unsure jasmani yang terbina daripada darah, daging, dan tulang.

Firman Allah dalam surah al-Mukminun (23):12-14.

Unsur spiritual pula dirujuk kepada unsur roh, nafsu, hawa dan akal seperti dalam surah al-Nahl(16):78.

Daripada hadis Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan dariapada Abdullah yang bermaksud:
“setiap seorang daripada kamu dihimpunkan kejadiannya didalam perut ibunya selama empat puluh hari. Kemudian ia menjadi seketul daging dalam tempoh yang sama juga. Setelah itu Allah mengutus malaikat dan diperintahkan menulis empat perkara iaitu amalannya, rezkinya, ajalnya dan untung nasibnya samada celaka atau bahagia. Kemudian ditiupkan kepadanya roh.”

Berdasarkan ayat-ayat al-Quran, hadis dan para ulama’ tentang kejadian manusia yang terdiri daripada unsur jasmani dan rohani, maka Islam tidak pernah menafikan tentang wujudnya emosi dalam diri manusia. Malah al-Quran telah menggambarkan beberapa bentuk emosi yang terdapat dalam diri manusia seperti:

Emosi takut

Iman al-Ghazali dalam menghuraikan emosi takut telah mengibaratkan ia sebagai sesuatu yang menikam dan terbakar di dalam hati disebabkan oleh datangnya sesuatu perkara yang sangat dibenci dan tidak diingini. Abd Aziz Mohd Zin pula menjelaskan, takut merupakan perasaan yang ada pada diri manusia. Manusia akan merasa takut ketika berhadapan dengan perkara yang merbahaya dan mendatangkan kerosakan.
Dalam menjelaskan tentang emosi takut yang wujud pada manusia, Allah telah berfirman dalam surah al-An’am (6):15

Berdasarkan ayat-ayat al-Quran yang menyentuh tentang emosi takut, Muhammad Uthman Najati dalam bukunya al-Quran wa Ilm al-Nafs telah membahagikan perasaan takut yang ada pada manusia kepada beberapa jenis iaitu takut kepada Allah, takut kepada manusia, takut kepada kematian dan takut kepada miskin.

Emosi Marah

Emosi marah merupakan satu perasaan yang timbul apabila manusia tidak puas hati terhadap sesuatu perkara. Kebiasaannya ia diiringi oleh perubahan fisiologi seperti muka menjadi marah, anggota badan menggeletar, pergerakan dan pertuturan bercelaru. Kadang-kala ia diiringi oleh kelakuan luaran seperti cacian, deraan, kutukan dan dendam. Emosi marah adalah antara naluri semulajadi manusia yang dijadikan oleh Allah s.w.t untuk keperluan hidupnya. Sebagai satu sifat yang semulajadi, pada asalnya mempunyai emosi marah bukanlah suatu kecacatan atau kekurangan manusia. Namun begitu, emosi marah ini boleh meenjadi sifat yang keji, jika kemarahan itu menimbulkan perasaan dendam dan melampaui batas kemanusiaan. Emosi marah yang tidak dikawal boleh membawa keburukan dan merosakkan diri sendiri dan orang lain.

Allah s.w.t turut menyeru manusia supaya menahan marah seperti dalam firmannya dalam surah Ali Imran (3):134

Dalam Islam memperakui adanya emosi marah, tetapi bukan emosi marah yang tidak dapat dikawal sehingga menimbulkan kerosakan kepada dirinya dan masyarakat seperti mana al-Razi menjelaskan bahawa kemarahan yang keterlaluan boleh membahayakan diri sendiri. Islam tidak melarang manusia mempunyai perasaan marah yang kena pada tempatnya dan diperlukan. Dalam konteks dakwah Islamiyah, Rasulullah s.a.w pernah marah. Kemarahannya kerana ada perkara yang tidak disukai yang menyalahi kebenaran.

Emosi marah merupakan naluri semulajadi manusia yang sedia wujud. Emosi marah ini boleh memberi manfaat kepada manusia jika digunakan untuk kebenaran dan keadilan. Tetapi emosi marah yang tidak dapat dikawal dan menurut hawa nafsu adalah dilarang dalam Islam kerana ia boleh membawa kepada kerosakan diri dan orang lain.

“Kemarahan adalah mazmumah (sifat negatif dalam hati yang paling mendalam)”
- Imam Al-Ghazali



Emosi benci

Emosi benci mempunyai kebaikan dan keburukannya. Kebaikannya ialah apabila manusia benci melihat kemungkaran yang berlaku akan mendorong manusia untuk memperbetulkan keadaan tersebut manakala keburukannya pula ialah apabila emosi benci tidak dapat dikawal boleh membawa kepada permusuhan dan pergaduhan.

Dalam al-Quran yang menceritakan tentang wujudnya emosi benci dalam diri manusia seperti dalam surah al-Baqarah (2):216

Selain daripada itu dalam al-Quran juga menyebut tentang golongan yang mempunyai emosi bencikan Islam dan pengikutnya seperti dalam surah al-Taubah(9): 54

Emosi benci yang disentuh dalam al-Quran adalah untuk menjelaskan atau membongkar perasaan benci mush-musuh Islam agar umat Islam berwaspada dengan golongan ini. Dalam konteks dakwah pula emosi benci ini hendaklah digunakan di tempat yang betul dan meelarang dari mempunyai perasaan benci yang boleh membawa kepada pergaduhan atau kerosakan dalam masyarakat.

Para psikologi moden telah melakukan kajian hingga menghasilkan teori ynag menurut mereka dapat dijadikan sebagai ukuran untuk memahami keperibadian manusia. Namun sayangnya, sampai sekarang mereka tidak sependapat dengan teori umum yang dapat diterima oleh semua kalangan dalam memahami keperibadian manusia secara tepat, jelas dan benar. Penekanan kajian psikologi moden pada sisi jasmani dan objektif dengan menggunakan system susunan ilmiah dan matlamatnya sampai sekarang belum menemukan suatu bentuk pemahaman yang tepat, bahkan belum mencapai pada ilmu pengetahuan yang mendalam mengenai keperibadian manusia.

Oleh kerana itu, perlu diingat bahawa kita harus menyentuh sisi kerohanian manusia dengan kaedah tertentu yang berbeza dengan kajian yang dilakukan oleh psikologi moden. Untuk mempermudahkan kajian tersebut, kita harus memanfaatkan keterangan yang banyak dinyatakan dalam Islam mahupun keterangan yang disampaikan oleh para Nabi dan Rasul mengenai hakikat manusia. Hakikat tersebut tentu sahaja sukar ditolak kerana hakikat manusia itu sepenuhnya bersumber dari Allah s.w.t, Pencipta manusia. Dia adalah Zat yang lebih mengetahui mengenai manusia dan hakikat penciptaan serta pembentukannya. (psikologi rasulullah s.a.w)
Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:

“ Tidakkah Allah yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui (segala-galanya), sedang Dia Maha Halus urusan tadbirNya, lagi Maha Mendalam pengetahuannya.”
(Al-Mulk : 14)
Menurut Imam al-Ghazali, emosi merupakan penaksiran tenaga berapi dari dalaman yang perlu dijana dengan sebaik mungkin. Segala bentuk dan variasi dalam emosi berpunca daripada perubahan dalam Nafs (jiwa). Namun begitu tenaga dalaman seseorang individu juga berpunca daripada roh yang menyediakan nyawa kepada jasad untuk terus hidup dan berfungsi.
Hakikat kejadian manusia bermula apabila Allah meniupkan roh kedalam jasad manusia kemudiannya manusia diberikan nafs yang membolehkan manusia hidup mempunyai hawa nafsu. Perkara ini dijelaskan oleh Allah dalam al-Quran yang bermaksud:

“Mereka itulah orang-orang yang dituliskan oleh Allah keimanan di dalam hati mereka, dan diperlengkapkan mereka dengan roh daripadaNya”. (al-Mujdalah:22)

Di dalam Islam, kestabilan jiwa dan roh menjadi tuntutan utama di dalam kehidupan kerana ia menjadi titik tolak kepada pembentukan emosi dan tingkah laku yang stabil. Gangguan yang berlaku didalam jiwa dan roh seseorang akan menjadikan emosi individu tersebut terganggu. Gangguan inilah yang menyebabkan seseorang individu berkelakuan baik atau jahat. Walaupun diberikan akal untuk melakukan aktiviti pemikiran, namun pengaruh jiwa dan roh ini sangat kuat sekali.

roh dan nafsu (jiwa)

jasad manusia memerlukan roh dan nafsu untuk terus hidup. Sebenarnya roh bersifat lahutiyah (ketuhanan) manakala nafs (jiwa) bersifat nasutiyah (insani). Roh bersifat kekal dan tidak akan mati atau hancur lebur setelah jasad manusia tidak bernyawa. Apabila jasad tidak bernyawa lagi, roh akan terus hidup dan akan kembali kealam akhirat.

Roh bersifat ketuhanan dan tujuan utamanya ialah mengajak kealam akhirat. Roh dijaga oleh malaikat manakala syaitan pula menuruti jiwa dan hawa nafsu.

Pembahagian nafsu
1. nafsu Muthma’innah
2. nafsu Lawwamah
3. nafsu Ammarah

cara mengatasi emosi menurut islam
Rasulullah saw, berwasiat kepada kita agar tidak emosi / tidak suka marah dalam menghadapi masalah. UNTUK MENGATASI EMOSI/MARAH, RASULULLAH MEMBIMBING KITA AGAR  BERWUDU’, BERDOA MOHON KEPADA ALLAH AGAR DIJAUHKAN DARI GODAAN SETAN. JIKA DALAM KEADAAN BERDIRI, HENDAKLAH DUDUK, JIKA TIDAK HILANG JUGA, MAKA HENDAKLAH IA BERBARING.

حَدَّثَنِي يَحْيَى بْنُ يُوسُفَ أَخْبَرَنَا أَبُو بَكْرٍ هُوَ ابْنُ عَيَّاشٍ عَنْ أَبِي حَصِينٍ عَنْ أَبِي صَالِحٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَجُلًا قَالَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَوْصِنِي قَالَ لَا تَغْضَبْ - فَرَدَّدَ مِرَارًا قَالَ لَا تَغْضَبْ. (رواه البخاري : 5651 – صحيح البخاري - بَاب الْحَذَرِ مِنْ الْغَضَبِ- الجزء : 19 – صفحة : 74)
Dari Abu Hurairah ra, berkata : ADA SEORANG LELAKI BERKATA KEPADA NABI SAW : BERIKANLAH WASIAT KEPADAKU! BELIAU BERSABDA : JANGLAH ENGKAU EMOSI/MARAH. LAKI-LAKI ITU MENGULANGI KATA- KATANYA. BELIAU TETAP BERSABDA : JANGLAH ENGKAU EMOSI/MARAH. (HR.Bukhari)

 حَدَّثَنَا بَكْرُ بْنُ خَلَفٍ وَالْحَسَنُ بْنُ عَلِيٍّ الْمَعْنَى قَالَا حَدَّثَنَا إِبْرَاهِيمُ بْنُ خَالِدٍ حَدَّثَنَا أَبُو وَائِلٍ الْقَاصُّ قَالَ دَخَلْنَا عَلَى عُرْوَةَ بْنِ مُحَمَّدٍ السَّعْدِيِّ فَكَلَّمَهُ رَجُلٌ فَأَغْضَبَهُ فَقَامَ فَتَوَضَّأَ ثُمَّ رَجَعَ وَقَدْ تَوَضَّأَ فَقَالَ حَدَّثَنِي أَبِي عَنْ جَدِّي عَطِيَّةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ الْغَضَبَ مِنْ الشَّيْطَانِ وَإِنَّ الشَّيْطَانَ خُلِقَ مِنْ النَّارِ وَإِنَّمَا تُطْفَأُ النَّارُ بِالْمَاءِ فَإِذَا غَضِبَ أَحَدُكُمْ فَلْيَتَوَضَّأْ. . (رواه ابو داود : 4152 – سنن ابو داود -بَاب مَا يُقَالُ عِنْدَ الْغَضَبِ- الجزء : 12 – صفحة : 403)
Abu Wail Al-Qash ia berkata : Kami masuk menemui Urwah bin Muhammad Assa’dy, lalu ada seorang laki-laki berbicara dengannya hingga membuatnya marah. Lantas ia berdiri berwudu’, dan kembali lagi dalam keadaan telah berwudu’. Setelahn itu ia berkata : Ayahku telah menceritakan kepadaku, dari kakeku, ‘Athiyyah, ia berkata : Rasulullah saw, bersabda : SESUNGGUHNYA MARAH ITU DARI SETAN, DAN SETAN DICIPTAKAN DARI API, DAN API DAPAT DIPADAMKAN DENGAN AIR. MAKA APABILA SALAH SEORANG DARI KALIAN MARAH, MAKA HENDAKLAH BERWUDU’. (HR.Abu Dawud)

حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ حَنْبَلٍ حَدَّثَنَا أَبُو مُعَاوِيَةَ حَدَّثَنَا دَاوُدُ بْنُ أَبِي هِنْدٍ عَنْ أَبِي حَرْبِ بْنِ أَبِي الْأَسْوَدِ عَنْ أَبِي ذَرٍّ قَالَ إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَنَا إِذَا غَضِبَ أَحَدُكُمْ وَهُوَ قَائِمٌ فَلْيَجْلِسْ فَإِنْ ذَهَبَ عَنْهُ الْغَضَبُ وَإِلَّا فَلْيَضْطَجِعْ.(رواه ابو داود : 4151 -سنن ابو داود -بَاب مَا يُقَالُ عِنْدَ الْغَضَبِ- الجزء : 12 – صفحة : 502)
Dari Abu Dzar, ia berkata : Bahwa Rasululllah saw bersabda kepada kami : APABILA SALAH SEORANG KALIAN MARAH/EMOSI DAN IA DALAM KEADAAN BERDIRI, HENDAKLAH IA DUDUK, JIKA MARAHNYA HILANG (MAKA ITU YANG DIKEHENDAKI), JIKA TIDAK (HILANG JUGA), MAKA HENDAKLAH IA BERBARING. (HR. Abu Dawud)

حَدَّثَنَا يُوسُفُ بْنُ مُوسَى حَدَّثَنَا جَرِيرُ بْنُ عَبْدِ الْحَمِيدِ عَنْ عَبْدِ الْمَلِكِ بْنِ عُمَيْرٍ عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ أَبِي لَيْلَى عَنْ مُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ قَالَ اسْتَبَّ رَجُلَانِ عِنْدَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَغَضِبَ أَحَدُهُمَا غَضَبًا شَدِيدًا حَتَّى خُيِّلَ إِلَيَّ أَنَّ أَنْفَهُ يَتَمَزَّعُ مِنْ شِدَّةِ غَضَبِهِ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنِّي لَأَعْلَمُ كَلِمَةً لَوْ قَالَهَا لَذَهَبَ عَنْهُ مَا يَجِدُهُ مِنْ الْغَضَبِ فَقَالَ مَا هِيَ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ يَقُولُ اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ قَالَ فَجَعَلَ مُعَاذٌ يَأْمُرُهُ فَأَبَى وَمَحِكَ وَجَعَلَ يَزْدَادُ غَضَبًا.(رواه ابو داود : 4149 -سنن ابو داود -بَاب مَا يُقَالُ عِنْدَ الْغَضَبِ- الجزء : 12 – صفحة : 400)
Dari Mu’adz bin Jabal ia berkata : Ada dua orang laki-laki saling mencela di sisi Nabi saw. Salah seorang dari mereka sangat marah hingga aku berfikir hidungnya pecah karena marahnya yang memuncak. Nabi saw bersabda : Sungguh aku benar-benar tahu sebuah kalimat yang jika dibaca oleh seseorang maka akan hilang kemarahan yang dirasakan. Beliau membaca kalimat itu : “ALLAAHUMMA INNII A’UUDZUBIKA MINASY SYAITHAANIR RAJIIM” (Ya Allah, sesungguhnya aku memohon perlindungan kepada-MU dari godaan setan yangt terkutuk) – Perawi berkata : Mu’adz lantas menyuruh laki-laki itu untuk membaca kalimat tersebut, tetapi ia enggan (tidak mau membacanya), justru bertambahlah marahnya. (HR.Abu Dauwud)
Ya Allah, lapangkan dada kami, tenangkan jiwa kami dan bahagiakan hidup kami. Aamiin.

sampai sini je rasanye..so,,segala yang baik datang drpd Allah..yang buruk pun datang drpd Allah TAPI disandarkan pada diri aku yang daif lagi hina ni..wallahualam.







photo by : aku dan dia
post by  : aku dan dia

Thursday, 10 May 2012

Hikmah Kembara

Assalamualaikum semua :D hari ni,,sekali lagi aku update blog yang tak seberapa ni..blog ni maybe tak semenarik blog-blog yang korg pernah jumpa..jadi terimalah seadanya..hahaha

post kali ni tajuk dia "hikmah kembara"..knpe aku pilih tajuk ni??jom baca :3


segala yang bermula dalam hidup kita ni,,bermula dengan langkah pertama..first step kata omputih..tanpa langkah pertama ni,,tak de lah korg kat tempat korg duduk skrg ni..tak kisah langkah korg tu kecik ke besar,,asalkan melangkah..lahir je kat dunia ni,,keluar je dari rahim mak kita,,maka bermulalah epic teruna mencari dara  eh?bermulalah kembara kita sebagai khalifah di bumi Allah ni..hebat tak kita??lahir-lahir je da confirm jadi khalifah..hebat betul manusia..Allah S.W.T berfiman "dan ketika tuhan kamu berkata kpd para malaikat,'Aku hendak menjadikan khalifah di bumi......." [rujuk surah Al-Baqarah,ayat 30]


setelah langkah pertama td kita ambil,,maka bermulalah perjalanan hidup ni..dari meniarap ke merangkak ke ber"tateh" ke berjalan ke berlari..mencari makna hidup yang sebenar utk mengejar syurga firdausi yang abadi..bak kata org,,"dunia ni ibarat RnR,,hentian sebentar utk mengumpul tenaga sebelum ke akhirat." jadi dlm perjalanan kita ni,,mcm-mcm jenis manusia kita akan jumpa..lain org lain ragamnye..bak kata pepatah "rambut sama hitam,,hati lain-lain." maybe ada yang tak "ngam" antara 1 sama lain..tapi ada hikmah semua tu..Allah nak kita berkenal-kenalan antara kita..memahami antara kita..Allah berfirman,"wahai manusia ! sungguh kami telah menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan,kemudian kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling kenal mengenali....."[surah Al-Hujuraat,ayat 13] dari situ lah bermulanya sesuatu yang dipanggil persahabatan..eh?ye ke??hahhaha

"SAHABAT"..perkataan yang sgt dalam maksudnye..lagi advance dari seorang kawan..sbb ape??bagi aku sahabat ni org yg sgt memahami kita,,ada time jatuh bangun kita,,sentiasa bagi semangat dan peringatan..tu "SAHABAT" bagi aku..hahhaa bagi korg??tepuk dada,,tanya diri korg sendiri..jadi sepanjang kembara aku ni,,aku dah jumpa beberapa insan yang insya-Allah menjadi sahabat aku(: semua baru kenal kt social network..ada baik gak social network ni tau ! hahahha nak aku introduce sorg-sorg ke??next post la aku cite..skrg aku bagi tgk muka dulu..hahahha

nama awek(?) atas ni Farisa Alia a.k.a Farisalehuddin..hahhaha okay x baiknye aku u_u

retiss(?) atas ni nama dia Wan Aidil Anwar Ibrahim...aku pggl dia Wan..hensem x??minat??hahahhaa *promote*

yang atas ni ahli lembaga pengarah kelab "forever alone"..tapi dia yg paling byk calon..hahahaha nama dia Faiq Aiman..nama dia sama dgn aku..so kat TL dorg pggl dia FaiqA and aku FaiqS..agak sengal di situ --'

yang atas ni kembar special..yang tgh "peace" tu nama dia Shamimie Hidayah a.k.a Mimie..single ke tak korg tanye la dia..hahhahaa
yang lagi sorg gaya mcm model gaun pengantin tu nama dia Fathin Munirah a.k.a Aten..dia ni...errrrr errrrrr..no komen..hahahhaha

yang ni paling famous(?) kt TL..nama dia Norhasnita Hata a.k.a Nita atau nama popular(?) dia queen typo..hahahahah knpe??sbb dia rajin typo..rajin sgt..smpai ada yang buat kamus --' and dia ni selalu kena bahan dgn FaiqA kt skype..kah3000

nama dia yang aku tau Azimah Azami a.k.a Jimot..mana dtg nama Jimot tu korg tnye dia..hahhaha ni pun popular gak kt TL..pelakon utama drama bersiri #JAMN..kih3000

pergh ! jodoh ! atas tadi pelakon perempuannye..yang ni heronye pulak..hahahha nama dia Amin Azmi a.k.a Amin kacak bergaya dan stylo..okay over --' hahhaha..ni la salah seorang rakan maya aku yang dah jadi rakan realiti..nice to meet you bro !

haaaaa ! yang atas ni nama dia Fatin Nadhirah a.k.a Nad..ni pun rakan maya aku yang dah jadi realiti...1 sekolah dgn Amin..budak KUSESS..dan dia lagi tinggi dari aku u_u aku tak boleh terima tahu..tahu tak??hahhaha btw,,nice to meet you Nad

ehem..okay ni yang seterusnya..hahahha abg kacak atas ni nama dia Amierul Rieza a.k.a Dino..knpe dino??tu kisah dia..biarlah rahsia~hahahha aku kenal dia time aku start aktif(?) kat group sbp94..selalu kene kacau dgn aku :3 sorry bro ! no hard feelings tau..

haaaaa ! yang ni aku x berapa nak kenal u_u maaf lah..nama dia Nur Syahirah Abdul Rahim *drpd sumber yg dipercayai* a.k.a sheera rahim..salah sorg admin sbp94..rakan maya yang hampir jadi realiti..hahhaha nnt ada rezeki kita jumpa :D


yang hensem lagi segak atas ni Afiq Sahodi..aku pn tak tau nama penuh dia sbnrnye u_u terok betul aku ni..hahhaha sorg lagi kwn maya yang jadi realiti..hensem woi ! hahaha thanks la belanja(?) wayang hari tu..nice to meet you bro !

abang comel(?) yang tgh makan ice-cream tu pulak nama dia Sallehuddin a.k.a Lehud..seorang photographer yang hebat..errr errr..tak tau nak cite pasal pe lagi..sorry bro.

haaa~yang ni pulak Nor Farahin Abdul Jalil a.k.a Farahin..seoarang lagi pelakon kt TL aku..drama #FadliFarahin..hahhaha sweeeet gila :3 awww awwww rugi sape tak tgk..hahhaha okay over --'

 haaaa ! bagus betul susunan gambar ni..atas pelakon pmpuan,,bwh pelakon lelaki..hahahha ni Muhammad Zulfadli..aku pggl dia Fadli..Farahin pggl dia Zul..tak pn moyang..hahhahaa sorry kalau ada sakitkan hati..haahhaa

haaaa ! yang ni kawan baik aku..Izzati Rahmat..aku pggl dia Ejat..lawa kan??woot woot :3 hahahaha ni budak Kuala Selangor..aku kenal time form 3 kt FB..dah byk kali jumpa..siap belanja makan lagi..Afiq Sahodi pn prnh jumpa dia..hahhaha ingat x Afiq??ingat x??hahahhaa

yang kecik ni pulak nama dia Syahirah Samsudin..aku pggl dia era..kdg2 aku pggl dia bdk kecik..hahhaha kawan since 2002 until now..da 10 tahun woi ! kwn sekolah rendah aku..top student kot..hahaha budak KUSESS gak..rumah pn dekat..tapi jarang jumpa..hahhaha


okay la guys..yang kat atas tadi tu semua sahabat-sahabat aku..sbnrnye byk lagi..kalau nak letak semua mmg jadi hikayat la..hahhaha aku rasa korg pn ada sahabat-sahabat mcm aku kn?KALAU tak de,,baik korg cari cpt..sbb korg takkan mampu hadapi dunia skrg ni tanpa seorang sahabat di sisi korg..percayalah..hahahha sampai sini je kot..tak tau nak mengarut ape lagi(:
so,,segala yang baik datang drpd Allah..yang buruk pn datang drpd Allah TAPI disandarkan pada diri aku,,si pemilik blog yang daif lagi hina ni(: wallahualam.


photo by : aku dan dia
post by  : aku dan dia














Ta'aruf Woi

assalamualaikum :D saya tuan punya blog..ta'aruf sikit la kan..nmpak sopan..hahhaa nama diberi Muhammad Faiq bin Sudin..umur??x cukup 18 lagi..hahha 23/12 nnt baru genap 18 *jgn lupa wish* ex-student SBPI Rawang..batch 0711 a.k.a Winning Eleven..batch tergempak sepanjang zaman..hahhaha asal Kuala Selangor..bakal jadi org Johor tak lama lagi..knpe??sbb aku dpt sambung study dekat Johor..Universiti Tun Hussein Onn Malaysia a.k.a UTHM course Information Technology..insya-Allah 3 Jun nnt aku daftar kat sana..berpisah dgn kwn-kwn :') sedih mmg la sedih..tapi life must go on..be strong..biar kenangan dulu tu jadi penguat semangat untuk terus berjuang..okay mengarut dah..hahhahah

aku yang baju pink tu woi..hahaha

ni first post aku..sbb aku baru je dgn makhluk "blog" ni..ni pun sbb tgk ramai kwn ada blog --' pengaruh rakan sebaya..kah3000 susah gila kot time mula-mula nak buat --' blurr habis la..selamat ada sorg hamba Allah ni tolong..nak tau sape??x perlu la kot(: semua yang ada kt blog aku ni dia yg buat..nak harap aku??mmg smpai suboh esok la x siap-siap..hahhaha so thanks kpd kau yang tolong aku buat blog ni(: kalau kau tak de mmg tak siap la blog ni..hahhahah

ni just percubaan pertama aku nak post..so mmg pendek la..kalau nak yang panjang,,tunggu la 2 3 hari lagi..bagi idea masuk dulu..hahhaha skrg otak dah beku..idea tak nak keluar..nak masuk lagi la --' eh?ape aku mengarut ni??confirm korg dah meluatkn??hahhaha okay la guys..sampai sini je kot..

see ya on the next post ! bye bye :D